Set asas shaklee untuk ibu hamil

4 jenis vitamin di bawah( rujuk gambar), adalah vitamin yang disyorkan untuk ibu hamil terutama yang masih di peringkat trimester pertama:



B-Complex (Vitamin B + Asid Folik)

  • B-1 (thiamine) : memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi
  • B-2 (riboflavin) : memastikan mata kita sihat dan kulit kita sentiasa glowing dan segar 
  • B-3 (niacin) : membantu melancarkan sistem pencernaan (tidak sembelit) dan mengurangkan rasa loya dan mual 
  • B-5 (pantothenic acid) : membantu menghasilkan hormon kehamilan dan mengurangkan kejang kaki
Vitamin C

  • Vitamin C diperlukan oleh ibu dan bayi untuk tumbesaran yang sempurna
  • Vitamin C diperlukan oleh badan untuk menghasilkan kolagen, protein struktur satu komponen tulang rawan, tendon, tulang, dan kulit. 
  • Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.
  • Vitamin C membantu menyerap zat besi dengan lebih berkesan, dan ini membantu menaikkan HB ibu hamil. disyorkan ambil Vitamin C bersama-sama vitalea.
  • Meningkatkan sistem imun tubuh ibu agar tidak mudah jatuh sakit atau demam.
Vitalea (Zat Besi + Multivitamin)

  • Zat besi sangat diperlukan untuk tumbesaran bayi anda semasa kehamilan.
  • Pastikan ambil zat besi yang mencukupi lebih kurang 16mg hingga 20mg untuk elak kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan anemia.
  • Jika sejarah kesihatan anda sebelum ini ada anemia, disyorkan ambil lebih dos zat besi, tapi perlu rujuk doktor terlebih dahulu.
Ostematrix (kalsium)

  • Apabila kita hamil, bayi memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Kalsium juga membantu bayi kita dapat jantung, saraf, dan otot yang sihat serta develop irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah.
  • Kalsium juga boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan preeclampsia. 
  • Jika kita tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan semasa hamil, bayi kita akan menarik kalsium daripada tulang kita, yang boleh menjejaskan kesihatan kita sendiri di kemudian hari.

Penapis air shaklee

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Pagi ni akak nak share pasal penapis air shaklee yang 'MUDAH ALIH' ni.. Kenapa cik nor kata mudah alih sebab dia macam JUG je pun..boleh bawa g memana kita suka tanpa perlu pasang plug untuk menggunakannya.

Uolls sedar tak sebenarnya air yang kita minum tu belum cukup bersih dari bendasing sebabnya BENDASING ini tersembunyi disebalik air yang keluar daripada paip rumah kita..Nampak je bersih tapi belum tentu kandungannya bersih sama sebab bendasing ni tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Sebenarnya air kita tetap mengandungi bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri masih terdapat dalam air yang mengalir keluar melalui setiap paip di rumah kita walaupun air tersebut telah di rawat oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Tapi rawatan air yang dijalankan tidak dapat menyingkirkan 100% bendasing tersebut.

Jom kita check apa risiko jika meminum air yang tercemar

1. Bahan beracun dan berbahaya hasil produk sampingan : Masalah hati, buah pinggang dan pusat kawal atur saraf

2. Logam berat ( Plumbum ) : Tahap IQ rendah, lembap dalam pembelajaran, tumbesaran yang tidak sihat

3. Pencemaran pertanian ( Benzena ) : Masalah kesuburan

4. Pencemaran Industri ( Atrazin ) : Meningkatkan risiko kanser

ISTIMEWA DARI SHAKLEE....

AIR YANG LEBIH BERSIH DAN SIHAT BOLEH DIPEROLEHI DARI SEBUAH JUG MUDAH ALIH.

Penapis air Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Ia menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan tercemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Penapis air Get Clean Water juga merupakan sistem jug air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia berupaya menapis sehingga 303 liter ( 80 gelen ) bagi setiap turasan.


Get clean water
Penapis air mudah alih.

 Perbezaan SHAKLEE dengan jenama lain.

1. SELAMAT  :  Menyingkirkan plumbum dan lain-lain

Get Clean Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air ( Water Quality Association ( WQA)) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak lagi bendasing yang lain.

2. PILIHAN BIJAK  : Menjimatkan kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter sahaja Get Clean Water dapatr memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penapis air tersebut tanpa perlu mengagaknya.

3. HANDAL  : Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean Water menghasilkan 303 liter ( 80 gelen ) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

4. MESRA ALAM  : Memelihara Alam Sekitar

Get Clean Water ini menggunakan sistem Penapis Jug air air dengan blok karbon isian pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa dan setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik untuk alam sekitar.


penapis air shaklee
Ph Air dari Get Clean Water


  Testimoni Pengguna


Untuk Sebarang Pertanyaan dan pembelian, Boleh Hubungi saya di :

Nama : Nor Rasidah Binti Sidek
No Whatsapp : 0196125530
Fb : Nor Rasidah Binti Sidek. Klik sini 

10 FAKTA CHIA SEED

** 10 FAKTA CHIA SEED, YANG KE-3 & 5  PALING MENARIK**
.
Tahukah anda mengapa Chia Seed digelar superfood? Ia tak tak lain tak bukan kerana biji-biji kecil ini mempunyai pelbagai kebaikan kepada orang yang mengamalkannya.
1. Menambah tenaga
Kandungan protein dan pelbagai nutrien lengkap membolehkan Chia Seed disebut sebagai energy drink.
Rendam Chia Seed 1 sudu besar ke dalam 1000ml air biasa dan biarkan selama 15 minit dan nikmati dari pagi sehingga tengah hari contohnya cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Bayangkan minuman dingin yang mempunyai chia seed. Bukan sahaja melegakan tekak namun penuh khasiat. Sehari satu sudu besar sudah mencukupi untuk suply tenaga yang diperlukan seharian.
.
.
2. Sesuai untuk pesakit kencing manis.
Kajian menunjukkan Chia Seed sesuai diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pesakit kencingmanis. Chia Seed mengurangkan rintangan insulin. Kombinasi unik serat larut air dan serat tak larut air melambatkan proses penguraian karbohidrat di dalam gula seterusnya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
.
.
3. KAYA KALSIUM
Menurut kajian Chia Seed mengandungi kalsium yang 5 kali lebih tinggi berbanding produk tenusu. Bukan sahaja kalsium, Chia Seed kaya dengan phosphorus, mangan dan protein yang penting untuk kekuatan tulang, gigi dan akar rambut.
Adakah anda menghadapi masalah rambut gugur ?Cuba amalkan minuman chia seed selama 2 minggu dan lihat kesannya.
Ayah dan ibu kita di kampung tak gemar minum susu. Maka chia Seed adalah pengganti yang paling sesuai untuk melindungi mereka daripada kerapuhan tulang.
.
.
4. Membantu menurunkan kolesterol.
Chia Seed kaya dengan fatty acid omega 3 dan 6, serat dan protein. Kombinasi ini membantu menurunkan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan HDL.
.
.
5. Menolong Mengurangkan Berat Badan
Chia seed yang sememangnya kaya dengan serat (fiber) yang mengenyangkan. Disamping ia membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia membantu menyingkirkan toxin dalam badan
.
.
6. Kaya Protein
Chia Seed juga mengandungi protein yang tinggi. Oleh kerana kandungan protein yang tinggi maka chia seed bagus untuk mereka yang sedang menjalani program diet tertentu.
.
.
7. Kaya antioksida
Antioksida membaiki sel yang rosak dalam badan, melindungi sel-sel itu dari binasa, melambatkan proses penuaan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko kanser.
.
.
8. Baik untuk ibu mengandung dan menyusu.
Chia Seed kaya dengan protein yang mampu menjana tenaga untuk keperluan ibu dan bakal ibu.
.
.
9. Chia seed boleh di ambil oleh kanak-kanan dengan separuh dos berbanding dewasa. Ia membantu perkembangan minda anak-anak.
.
.
10. Rasa Chia Seed
Chia Seed tidak mempunyai rasa. Ianya plain sahaja. Maka ia sesuai diminum bersama air putih atau lain2 menu.
.
.
CARA MAKAN.
Minuman dengan Chia Seeds sangat mudah disediakan. Paling mudah rendam sahaja di dalam air putih selama 15minit. Sesuai dicampur bersama infuse water. Sesuai di tabur di dalam salad, roti, sayur ataupun di buat puding.

'HEALING CRISIS' ITU APA?

Apa itu Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah MengambilSupplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? 

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebiasaannya mereka yang telah mengambil suplemen akan merasa perubahan kepada tubuh badan samada berasa lebih bertenaga atau keadaan badan menjadi lebih sihat dan bersemangat. Sekiranya berlaku sebaliknya, kemungkinan punca-punca di bawah menjadi penyebab kepada kekurang berkesanan produk tersebut kepada anda.

Antara penyebabnya adalah :

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Kurang pengambilan air masak / air putih

6. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

7. Keadaan tubuh yang kronik


Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

  • Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
  • Sakit kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
  • Demam, demam sedikit, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
  • Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
  • Kembung, perut bergas - Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
  • Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
  • Hidung berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
  • Sakit di bahagian otot dan send i- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
  • Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat
  • Insomnia or atau hiperaktif- Sistem saraf yang lemah
  • Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir - Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
  • Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir
  • Pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
  • Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
  • Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ? 

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selain itu amalkanlah menu yang lebih sihat seperti masakan yang di rebus atau stim.Dengan cara ini ia mengurangkan pengambilan minyak dan membantu melancarkan proses detoksifikasi.

Chia seed boleh diambil individu G6PD

Adakah individu G6PD boleh mengambil  Chia Seed?

.

Individu (bayi, kanak-kanak dan dewasa) yang mengalami masalah kekurangan G6PD boleh mengambil  Chia Seed.

.

Individu yang mengalami kekurangan G6PD hanya perlu mengelak daripada mengambil kacang parang, kacang soya, kekacang, vitamin C tiruan dan pewarna tiruan.

.

Chia Seed adalah biji benih tumbuhan herba, bukan daripada golongan kekacang (legum) dan vitamin C yang terdapat dalam chia seed adalah semulajadi, bukan sintetik.

.

Oleh hal yang demikian, Chia Seed selamat di makan oleh individu yang mempunyai kekurangan G6PD.

5 hadiah tipikal buat Raja sehari

Assalammualaikum w.b.t.

Memalam ni k.nor dapat plak idea nak buat entry ni. Perasan tak korang setiap kali majlis kahwin mesti beberaoa jenis hadiah ni akan jadi pilihan kawan-kawan atau sedara mara untuk dijadikan hadiah sebagai tanda kegembiraan di atas penyatuan 2 hati.

Antara hadiah yang biasa orang bagi adalah :

1. SET PINGGAN MANGKUK

Gambar hanyalah sebagai hiasan

Gambar hanyalah sebagai hiasan
 Mahal atau murah set yang diberi bukanlah ukuran tapi pemberian ikhlas buat pengantin amat menggembirakan orang yang menerimanya. Dapat set cawan pun, bahagia..dapat set pinggan mangkuk lagi la awesome..hihihi

2. LESUNG BATU & PERKAKAS DAPUR

Actually hadiah ini kan sangat berguna bagi pasangan pengantin. Lesung batu memang nampak simple dan takdelah murah sangat pun harga.. Lesung batu sekarang harganya pun boleh tahan juga...Paling kecik pun harganya dah dekat Rm20.00..


3. TOTO / SET CADAR

Kalau duduk kelantan memang syok dok borong toto ni..sebab harga kat sana murah.. Toto ni baguslah bagi ke pengantin baru gak sebab baru nak mulakan hidup bersama.. Sebab jenis orang macam admin yang menumpang kuarters kerajaan tingkat 3 tanpa memang malas nak beli katil. Sebab apa, sebab mikir bila nak pindah nanti jenuh nak mengangkut.

Jadinya walaupun dah bertahun kahwin, kami masih beralaskan toto yang dibeli sendiri..hihihi.. Set cadar yang orang bagi masih tersimpan rapi. Yelah kan, bila masa nak pakai dah tilam pun tak hado..hehhee



4.  BLENDER, TOASTER, KIPAS ANGIN ATAU PERKAKAS ELEKTRIK

Antara barangan elektrik yang biasa diperolehi pengantin adalah blender, toaster atau kipas angin. Sebabnya ketiga-tiga barang ni biasanya harganya boleh diperolehi

10 makanan tinggi kandungan fibre

Alhamdulillah...

tetimoni panas silera chia seed untuk kelancaran proses membuang benda yang tak diperlukan badan..



Testimoni Silera Chia Seed
Kenapa silera chia seed boleh bantu proses lawas semasa membuang??

SEBAB dalam chia seed mengandungi fibre...ramai dah tahu kan fibre ni sangat penting dalam pemakanan harian kita untuk bantu proses pembuangan berjalan lancar.

Antara pemakanan harian yang tinggi kandungan fibre adalah :

1. jagung
2. kacang peas
3. buah pear
4. epal
5. Rasberri
6. roti serat
7. beras perang
8. Barli
9. Brokoli
10. Oatmeal

Cube check dalam sehari berapa banyak makanan kita mengandungi senarai makanan di atas??

Kalau cukup, thumbs up untuk uolls. Kalau rongak-rongak tu, iolls galakkan la uolls amik chia seed ni...Berbaloi dengan pembelian pek jimat 200g.. Setiap hari pun setakat 1-2 sudu sahaja.

Sekian perkhabaran iolls malam ni..pape roger iolls k.. ;-)

#silerachiaseed


Nama fb : Nor Rasidah Binti Sidek
Tel/ Whatsapp : 019-6125530
Copyright to PENGEDAR SAH SHAKLEE
Designed by UMIESUEstudio 2015